Mobile Blogging

20120414-102658.jpg

Terima kasih kepada teknologi kerana membenarkan saya terus menulis di mana sahaja setelah sekian lama. Walaupun sedikit terseksa kerana kelajuan internet terbatas, namun harus kembali menulis di blog ini seperti sedia kala.

Bila sudah lama sangat tak menulis, otak sudah kering idea. Tak tahu nak tulis pasal apa. Sama ada kewangan, perniagaan atau sekadar merapu.

Anda ada idea untuk saya?

Kembali

Lama sungguh tak menulis di sini. Macam-macam hal yang berlaku.Peperiksaan akhir, projek, blog kena godam dan paling penting, tiada Unifi serba laju.

Bila sudah lama tak menulis, otak sedikit lambat nak memerah idea. Maka kemalasan itu meningkat.

Ada beberapa orang yang bertanya, ke mana menghilang. Kenapa tak ada tulisan baru di blog.

Serba salah nak jawab sebab ingat tiada pembaca yang mengikuti perkembangan saya selama ini(macam Fizz Fairuz yang tiada peminat).

Maka,usaha untuk kembali menulis walaupun ambil masa lama. Kini bergantung harap kepada kemudahan EDGE yang hidup segan mati tak mahu ini.

Maaf,tulisan tanpa gambar.